Thursday, 6 October 2011

Ahlan Wa Sahlan ^___^



Salam'alaik ya habibati,

Bila pena bermula,
Bila akal menyusun kata,
Bila qalbu bercerita,
Bila hati bersuara,
Bila diri berbicara, 
Bila jiwa meluah rasa...

Ada cerita, pasti dikisahkan..
Ada ilmu, pasti dikongsikan..
Ada idea pasti dikhabarkan..
Ada rasa, pasti diluahkan..


Dan ini laman peribadi ana.
Ana kira inilah wadah perkongsian segala yang ingin dikongsikan. Medium penyebaran segala yang wajar disebarkan. Agen penceritaan segala yang wajar diceritakan.


Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Ahlan Wasahlan!
Selamat berkunjung ke laman ini..
Pungutlah segala mutiara, kutiplah segala permata, garaplah segala manfaat..
Moga laman ini memberi maslahat buat semua pengunjung dan pembaca..
Moga kalian diberkati Allah, hendaknya.. Amiin.

- Take your time, have a great time here - 


Bila pena menamatkan penulisannya,
Bila qalbu berhenti berkata,
Bila diri tak lagi berbicara,
Bila jiwa tenang semula..


****


This is Me ♥





Daku yang lena lemah tak terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

[kembali padamu - mirwana]

*****


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kerana diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.

. I am only Human .
nobody's perfect and people makes mistakes.

*****





" Aku masih di sini,
Masih berdiri demi cinta suci,
Walau apa ujian diberi,
Aku tetap di sini,
Menagih barakah dan maghfirah Ilahi,
Mendamba kasih dan redha Ilahi,
Mengimpi jannah dan syurga abadi... "

"Rafaatil Aqlam,
Wa Jaffati As-Suhuff..."


♥ Ma'assalamah wa Ilalliqaa'