Salam'alaik ya habibati,
Kekadang kita terasa sayu,
Disebabkan banyak faktor.
Ujian, kepayahan atau cabaran boleh membuat
kita berasa sayu.
Ada ketika kita rasa sayu tanpa sebab-sebab
yang jelas.
Kesayuan itu akan menyebabkan kita terasa
untuk mengadu kepada Allah S.W.T.
Bila kita mengadu pada Allah S.W.T,
Maka kita akan pandai untuk memohon kepadaNya
pelbagai perkara.
Kita akan pandai merayu kepadaNya
Menurut ilmu yang diajar oleh Ibnu
Athaillah,
Selepas beliau menguasai ilmu Islam dan
pengalaman sebagai hambaNya,
Beliau ada mengungkapkan :
مَتَى أَطْلَقَ لِسَانَكَ بِالطَّلَبِ،
فَاعْلَمْ أَنَّهُ يُرِيْدُ أَنْ يُعْطِيَكَ
"Ketika Allah meringankan lidahmu untuk
memohon dan meminta kepadaNya, maka ketahuilah bahawa Dia ingin
mengurniakan kepadamu".
Berhati-hatilah kalau ada ketika dalam hidup
ini,
Kita tidak pandai meminta dan merayu kepada
Allah S.W.T...
Dalam perjuangan dan perjalanan hidup ini ;
Ketika berdakwah,
Ketika melaksanakan tarbiyah,
Ketika beraktiviti, bermesyuarat dan bersyura,
Ketika berkerjaya,
Ketika belajar,
Ketika berniaga..
Jangan sampai kita kering dan putus idea untuk
memohon kepadaNya.
Kalau hati kita keras
dan tidak boleh mencipta permohonan kepada
Allah S.W.T,
atau tidak khusyu' ketika memohon
dariya,
Itu tanda Allah S.W.T tidak mahu
'mengurniakan' kepada kita...
[Prof. Madya Ust. Hasanuddin Mohd Yunus]
--------------------------------------------------------------
Astaghfirullahal'azim..
Moga lidah ini akan sentiasa 'basah' meminta
dan merayu padaNya..
Aamiin...
[SHE]
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-
"Aku masih di sini,
Masih berdiri demi cinta suci,
Walau apa ujian diberi,
Aku tetap di sini,
Menagih barakah dan maghfirah Ilahi,
Mendamba kasih dan redha Ilahi,
Mengimpi jannah dan syurga abadi..."
"Rafaatil Aqlam,
Wa Jaffati As-Suhuff..."
♥ Ma'assalamah wa
Ilalliqa' ♥
No comments:
Post a Comment